Pegawai Khas Lim Guan Eng Bakal disaman Backer Sidek kerana kenyataan berunsur fitnah
Kenyataan Marziah binti Mohd Mukhtar, Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap bekas calon bebas PRK Bukit Gelugor 2014, Dato' Abu Backer Sidek Bin Mohamad Zain bakal di saman jika Marziah tidak menarik balik kenyataan beliau.
Marziah menyatakan tindakan backer adalah sandiwara berhubung dengan keinginan beliau membeli rumah Ketua Menteri Pulau Pinang di suatu majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Baru pada 20/6/2016.
Walaubagaimanapun, Abu Backer telah menafikan kenyataan marziah dan telah mengemukan notis tuntutan melalui guaman beliau Rosli Ismail & Co untuk memohon agar marziah memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau yang telah di siarkan oleh beliau pada 21/6/2016 di Komtar Pulau Pinang.
Pada hari kejadian, Backer Sidek bersama Peguam Ismail & Co telah membawa cek pendahuluan sebanyak 2% daripada harga ditawar untuk membeli rumah Lim Guan Eng.
Surat tawaran dan cek deposit sebanyak RM56,000 tersebut telah di serahkan sendiri Backer & peguamnya kepada Marziah dan di terima untuk di sampaikan kepada Lim Guan Eng.
Backer juga turut menafikan kenyataan Marziah bahawa beliau telah mengangu majlis berbuka Puasa Lim Guan Eng kerana semasa beliau sampai hanya berurusan di luar masjid dengan marziah dan ketika itu Lim Guan Eng juga telah beredar daripada majlis.
Menurut Backer, beliau juga telah mendepositkan baki harga belian bunglow Lim Guang Eng sebanyak RM2, 800,000 kepada Peguam Pemegang Tegar Rohan Stakeholder Solicitors untuk di tawarkan kepada Lim Guan Eng.
Baki tersebut akan diserahkan kepada Lim Guan Eng sendiri atau Peguam yang di lantik selepas beliau bersetuju menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah tersebut yang akan dikemukan sebelum hari Jumaat ini.
bicaranews.com

No comments