Terkini

KENYATAAN AKHBAR  DATO' HAJI ABU BACKER SIDEK BERHUBUNG PENAHANAN LIM GUAN ENG OLEH SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA

Saya Dato’ Haji Abu Backer Sidek berasa amat besyukur kerana keadilan sudah mula tertegak apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah di tahan sepasukan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Komtar Kira-kira Jam 5.45 petang 29 Jun 2016.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada SPRM kerana berani membuat tangkapan ke atas salahlaku Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town di bawah harga pasaran.

Pelbagai bukti telah di kemukan oleh pelbagai pihak termasuk saya sendiri telah banyak membuat pendedahan dengan bukti-bukti yang lengkap salahlaku yang Lim Guan Eng lakukan dan berharap Lim Guan Eng di tuduh secepat mungkin memandangkan Lim Guan Eng adalah penjawat awam yang menyalahguna kuasa yang beliau miliki.

Setelah berbulan-bulan rakyat menunggu Lim Guan Eng di hadapkan kemuka pengadilan, hari ini amat cukup bermakna dengan keadilan untuk rakyat.

Saya bersama rakan Peguam saya akan memohon sebagai peguam pemerhati dan kami akan melihat segala proses dari pendakwaan sehingga hukuman di jatuhkan.

Saya masih kekal bersama rakan Peguam saya Ismail & co menawarkan untuk menjadi peguam pendakwa kepada pihak kerajaan sebagaimana pernah di tawarkan kepada Tan Sri Shafee Abdullah, secara 'Pro Bono' dengan tidak menetapkan apa-apa pembayaran demi keadilan rakyat.

Namun jika saya bersama rakan peguam saya berjaya membawa Lim Guan Eng ke muka Pengadilan dan penghukuman, kami memohon supaya kerajaan membayar berasaskan pertimbangan kerajaan yuran kami.

Di mana wang di bayar kami akan gunakan sepenuh untuk di infakkan kepada golongan miskin, anak yatim piatu, rumah orang tua dan mana-mana badan NGO berkebajikan.

Itulah permohonan dan pengharapan saya agar kebenaran dapat di tegakkan demi keadilan untuk rakyat.

Dato’ Haji Abu Backer Sidek
Bekas calon Bebas dalam Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014
Dan Peguam Bela & Peguam Cara.

No comments