PM terpaksa bergegas pulang kerana faktor kesihatan - Razif
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan hadir ke Masjid Al-Mustaqim, Gemuruh terpaksa bergegas pulang atas faktor kesihatan.
Walaupun demikian, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata Perdana Menteri akan hadir kembali selepas pada ini.
“Dato’ Seri Najib dinasihatkan untuk berehat oleh pasukan perubatan dan segala program bagi malam ini terpaksa dibatalkan.
“Walaupun tidak dapat hadir, Perdana Menteri menyampaikan salam kepada semua penduduk sekitar,” katanya kepada pemberita.
Turut hadir isteri Menteri Besar, Halina Zakaria; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.
No comments