'Saya teguh bersama Lim Guan Eng'- Azmin Ali
![]() |
| Azmin Ali |
Menerusi satu kenyataan, Azmin Ali turut menegaskan keyakinan sepenuhnya dengan kepimpinan dan pentadbiran Lim di Pulau Pinang.
“Saya menyatakan kepada Lim bahawa saya teguh di belakangnya pada masa yang sangat genting ini.
“Beliau kini dianiaya penguasa yang bersungguh-sungguh mahu memperlekeh dirinya dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.
Tambahnya, walaupun penahanan dengan kehadiran peguam, tindakan demikian sekali lagi menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam proses siasatan serta objektiviti Peguam Negara.
“Kita perlu sedar bahawa tindakan Kerajaan pada petang ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebahagian daripada konspirasi berterusan dan bersungguh-sungguh untuk memburuk-burukkan Lim dan ahli politik pembangkang Persekutuan yang lain,” katanya.
Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang Li Koon dan dikatakan di bawah harga pasaran.

No comments