Bekas calon Bebas PRK Bukit Gelugor desak Lim Guan Eng letak jawatan
KENYATAAN MEDIA DATO' HJ ABU BACKER SIDEK MEDESAK LIM GUAN ENG MELETAK JAWATAN
Saya Dato' Haji Abu Backer Sidek mendesak supaya Lim Guan Eng segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan-jawatan lain yang di sandang oleh beliau.
Tindakan ini wajar kerana bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang supaya tidak tercemar dan di pertikai oleh kerana kes rasuah Lim.
Sebelum ini Pulau Pinang tidak pernah ada Ketua Menteri yang di siasat dan di dakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah, pendakwaan terhadap Lim di buat setelah siasatan teliti dan bukti-bukti yang telah di kemukakan oleh SPRM terhadap dua pertuduhan.
Tuduhan pertama, Lim Guan Eng adalah sebagai penjawat awam, pada 18 Julai 2014 beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk memanafaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, justeru didapati bersalah dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pertuduhan kedua, Lim di dakwa bersubahat dengan ahli perniagaan wanita yang juga pemilik banglo tersebut, Phang Li Khoon untuk mendapatkan "hartanah bernilai' RM2.8 juta, di bawah harga pasaran maka didapati bersalah dibawah seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sebelum ini Lim Guan Eng pernah fan selalu mendesak beberapa pemimpin untuk meletak jawatan dan bercuti di sebabkan terpalit dengan isu rasuah, tetapi apabila beliau sendiri yang terlibat hanya berdiam diri dan tetap tidak mahu melepaskan jawatan beliau.
Beliau adalah seorang pemimpin yang pengecut dan tidak berintergeriti. Kita boleh melihat jika di luar negara dalam lipatan sejarah banyak pemimpin yang meletak jawatan jika terpalit dengan pelbagai isu rasuah atau scandal.
Misalnya, Richard Nixon meletak jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ekoran Scandal Watergate, ketika beliau hampir di cabar kongres, bagi mengelakkan scandal tersebut berpanjangan beliau memilih meletak jawatan.
Di Guatemela pula Bekas Presiden Otto Perez Molina membuat keputusan untuk meletak jawatan, selepas kongres melucutkan imunitinya atas pertuduhan rasuah.
Bukan sahaja di luar negara sebagaimana ketika kes rasuah kepimpinan UMNO, ketika Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik didakwa di mahkamah, Guan Eng bersungguh-sungguh mahu beliau meletak jawatan.
Begitu juga ketika Dr Mohamad Khir Toyo dikaitkan dengan dakwaan demikian, beliau meletakkan jawatan Ketua Pembangkang Selangor dan memulangkan semula Darjah Kebesaran Selangor.
Tetapi apabila kena batang hidung sendiri, Guan Eng bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menuduh ada pihak lain yang cuba menjadikannya kambing hitam. Ini soal integriti dan kredibiliti. Guan Eng tidak layak memegang jawatannya itu sehinggalah didapati tidak bersalah oleh mahkamah.
Oleh itu, Lim Guan Eng perlu mengambil sikap "anak jantan" untuk mengundur diri daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan jawatan lain di sandangnya. Selain daripada desakan rakyat malahan dalam parti DAP sendiri pun ramai kepimpinan DAP mendesak beliau meletak jawatan kerana ini akan merugikan rakyat dengan adanya pemimpin yang terpalit dengan isu rasuah. Akhir kata saya dengan ini melancarkan kempen "GUAN ENG UNDUR GUAN ENG UNDUR DARI KM PULAU PINANG"
Dato’ Haji Abu Backer Sidek
Bekas calon Bebas dalam Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014
Dan Peguam Bela & Peguam Cara.

No comments