Terkini

Tindakan Peguam Negara Menjadi Pendakwa kes Lim Guan Eng adalah wajar - Backer Sidek


Dalam Kes pendakwaan lim Guan Eng dan beberapa perkara yang di jadikan isu oleh pihak pembangkang berkenaan pendakwaan yang di lakukan sendiri oleh peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi adalah wajar.

Saya berpandangan peguam negara berhak hendak melakukan pendakwaan sendiri atau mengarahkan mana-mana pegawainya melakukan pendakwaan apabila hasil siasatan SPRM dan Polis mendapati ada kes untuk di dakwa.

Peguam negara mempunyai kebebasan hak untuk menjadi pendakwa di mana-mana mahkamah majistreet hinggalah ke mahkamah persekutuan, oleh itu tidak boleh di jadikan isu perkara tersebut.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian, usaha dan keputusan yang di buat oleh peguam negara bagi mengendalikan sendiri kes tersebut dengan di bantu oleh pegawai-pegawai jabatan beliau.

ini merupakan keputusan yang tepat kerana kes ini merupakan kes berprofil tinggi yang melibatkan seorang penjawat awam dengan menyandang jawatan eksekutif sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Oleh itu, amat wajar bagi seorang peguam negara sendiri mengetuai pasukan pendakwaan tersebut, pihak lain tidak perlu untuk mempertikai tindakan beliau kerana ini adalah hak seorang peguam negara bagi menghadapi kes yang berprofil tinggi ini.

Saya berharap beliau dapat meneruskan pendakwaan tersebut tanpa mempedulikan ancaman atau tohmahan yang di lemparkan oleh pihak pembangkang kepada beliau.

Kebenaran akan terbukti siapa yang benar atau salah pada akhirnya, peguam negara bebas membuat keputusan.

Saya berharap Lim Guam Eng yang jelas dan nyata telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun keseksaan dan di bawah akta SPRM di sabitkan bersalah, seterusnya di jatuhkan hukuman sewajarnya.

Semoga kes ini menjadi satu pengajaran kepada semua penjawat awam terutama Ketua eksekutif di mana-mana negeri atau negara supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang ada demi kepentingan peribadi.

Undang-undang adalah jelas dan nyata, maka rakyat melihat dan mengharapkan keadilan, jika rakyat di hukum maka penjawat awam yang ber profil tinggi juga perlu di hukum dengan hukaman yang lebih berat.

Inilah harapan dan sokongan saya agar keadilan dapat di tegakkan.

Dato' Haji Abu Backer Sidek
Bekas Calon Bebas Dalam Pilihanraya Bukit Gelugor 2014 dan Peguam Bela & Peguam Cara.

No comments